Monday 7 July 2014

DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS

DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia. Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, “Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras” Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis(alaihi laknat),”Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengah marah “Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?” Sembah Iblis,”Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan.” Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata “Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu” Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku. Soalan Nabi (1) - “Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?” Jawab Iblis - “Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini” Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,”Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba” Soalan Nabi ke 2 - “Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah” Jawab Iblis - “Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda drp emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat.” Soalan Nabi ke 3 - “Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?” Jawab Iblis - “Sekelian itu adalah anugerah drp Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yg memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan.” Soalan Nabi ke 4 - “Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?” Jawab Iblis - “Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba” Soalan Nabi ke 5 - “Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?” Jawab Iblis - “Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman” Soalan Nabi ke 6 - “Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?” Jawab Iblis - “Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya.” Soalan Nabi ke 7 - “Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?” Jawab Iblis - “Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya” Soalan Nabi ke 8 - “Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?” Jawab Iblis - “Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kpd hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa.” Soalan Nabi ke 9 - “Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?” Jawab Iblis - “Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang “Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.” Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, “JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku” kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’. Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kpdnya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,”Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid” Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu’ - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan tuan sendiri berkata “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya”. Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya. Soalan Nabi ke 10 - “Bagaimana tipudaya engkau kpd umatku?” Jawab Iblis - “Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat” Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kpd dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuka jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur” Soalan Nabi ke 11 - “Siapa yang serupa dengan engkau?” Jawab Iblis - “Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam” Soalan Nabi ke 12 - “ Siapa yang mencahayakan muka engkau?” Jawab Iblis - “Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji” Soalan Nabi ke 13 - “Apakah rahsia engkau kepada umatku?” Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari” Soalan Nabi ke 14 - “Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?” Jawab Iblis - “Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang.” Soalan Nabi ke 15 - “Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?” Jawab Iblis - “Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kpd Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya.” Soalan Nabi ke 16 - “Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?” Jawab Iblis - “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu” Soalan Nabi ke 17 - “Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?” Jawab Iblis - “Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat” Soalan Nabi ke 18 - “Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?” Jawab Iblis - “Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam” Soalan Nabi ke 19 - “Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?” Jawab Iblis - “Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya” Soalan Nabi ke 20 - “Apa lagi yang memecahkan mata engkau?” Jawab Iblis -“Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,’Syurga itu di bawah tapak kaki ibu’ “

Tuesday 14 June 2011

BAGAIMANA MEMPEROLEHI HATI YANG SEJAHTERA

BAGAIMANA MEMPEROLEHI HATI YANG SEJAHTERA

 Firman Allah swt yang bermaksud;

“Wahai mereka yang berjiwa mutmainah(tenang), kembalilah kpada Tuhanmu dalam keadaan (kamu) redha dan diredhai (Tuhan), maka masuklah kamu ke dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu.”                              (Al-Fajr:27-30)

Hati atau Roh merupakan raja dalam kerajaan diri. Ia mempunyai kelebihan daripada semua anggota lahir. Ia adalah raja yang luar biasa, yag sangat ditaati oleh rakyatnya. Dialah pentadbir manusia yang menjalankan kehidupan yang sangat luas.
           Hati sangat sensitif, peka dan perasa. Ia adalah wadah tempat mengisi “barang-barang”, siapa yang mengisinya? Sama ada malaikat atau syaitan, yang berebut-rebut mengisinya. Kalau malaikat mengisi, maka baiklah hatinya. Jika syaitan yang mengisi maka jahatlah hatinya. Yang diisi oleh malaikat adalah hidayah, wahyu dan ilham kebaikan. Syaitan pula mengisi dgn kekufuran, was-was dan keraguan.
  Kadang kala kerana tidak berhalus atau tidak ambil perhatian pada perjalanan hati, kita rasa hati kita sudah baik dan sudah tenang. Tetapi sebaik sahaja datang cabaran dan ujian, barulah terasa yang sebenar. Misalnya bila orang marah pada kita, bangkit rasa hendak marah balik. Ini menyedarkan kepada kita bahawa kita mempunyai sifat pemarah. Bila mendapat sesuatu kejayaan, hati akan menerima rangsangan lalu akan merasa sama ada bangga, riya’, ujub, takabbur, ego dgn kejayaan itu atau pun merasa bersyukur, dan malu (pada Allah). Pada waktu merasa itulah, hati yang sensitif akan sedar.
            Sekiranya hati tidak sedar yang dia sudah berbuat baik, ini satu sifat terpuji, kerana tidak akan berbangga dgn kebaikan itu. Tetapi jangan pula sampai hati tidak bersyukur kpada Allah  atas keizinanNya kita boleh berbuat kebaikan.

            Yang paling buruk ialah bila hati tidak sedar yang dia jahat. Hati tidak sedar, rangsangan yang datang membuatkannya berasa bangga dan ego. Lebih merbahaya jika hati yang jahat disedari sebagai hati yang baik. Yang empunya hati tidak akan sedar  kejahatan hatinya sampai bila-bila dan tidak akan cuba berusaha membuat perubahan (dengan bertaubat). Bahkan ia akan terus berbuat jahat kerana merasakan dirinya dalam kebaikan.
            Rasa-rasa yang positif pada hati boleh dibantutkan jika sejak kecil seseorang itu tidak dididik, dibimbing dan diasuh. Maka ia akan terpaksa bersusah payah dan berhempas pulas untuk menyuburkan kembali. Sebaliknya jika benih yang positif (mahmudah) ini dijaga dan disuburkan sejak kecil maka ia akan subur dan tidak payah lagi bersusah payah bila dewasa.
            Sebaliknya jika rasa yang negatif (mazmumah) sejak kacil lagi sudah disuburkan, maka payah pula untuk dibuang bila sudah dewasa. Benih mazmumah ini (sifat keji), jika sudah disuburkan dalam hati sejak kecil dan setelah dewasa baru hendak dibuang, maka usaha itu sangat rumit dan payah.
            Dalam pembicaraan ilmu tasauf, hati yang sejahtera juga dimaksudkan jiwa yang tenang. Mereka yang mempunyai maqam nafsu mutmainah (jiwa yang tenang) adalah mereka yang Allah iktiraf sebagai hambaNya dan layak untuk memperolehi ganjaran syurgaNya di akhirat kelak. Untuk memperolehi jiwa yang dilimpahi dengan cahaya ketenangan ini, ia mestilah disucikan drpada segala syirik, nifaq, dan semua penyakit hati yang keji. Ia mesti melalui proses pendidikan (pentarbiyahan) dan pembersihan agar “raja” dalam diri manusia ini akan sentiasa  terarah kepada  kebaikan dan penghambaan diri kpada Allah.
            Bagaimana mendidik hati agar ia dapat disucikan dan kembali kpada fitrahnya yang suci bersih sehingga terbukalah hijab yang selama ini membentengi dirinya dgn Allah?

1) Zikirullah (ingat Allah)
            Ia adalah jalan yang paling afdhal, jalan para Anbiya’(nabi-nabi) dan Auliya’(wali) serta orang-orang soleh yang telah terbukti berkesan dalam usaha penyucian hati/roh. Orang-orang yang melalui perjalanan ini telah beroleh kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Rasulullah saw memberi perumpamaan, hati yang kotor seperti besi yang berkarat dan zikirullah adalah alat untuk menyucikannya.
            Hati yang selalu diketuk dan dihunjam dengan kalimah zikirullah akan menjadikannya bersih dari kekotoran mazmumah dan penyakit hati yang menghijabkan dirinya dengan rahsia-rahsia dari alam ghaib.

2)Mesti ada guru yang mursyid
            Sebaik-baiknya, apabila mengambil mengambil jalan zikirullah ini, ia mesti dibimbing oleh seorang guru rohaniah yang mursyid. Ini kerana tipudaya syaitan semakin halus kepada mereka yang melalui perjalanan ini. Guru yang mursyid ialah guru yang beramal dengan ilmunya, bertaqwa dan berakhlak dengan garis-garis yang ditentukan oleh syariat.

3)Mujahadah dan istiqamah
            Syaitan dan hawa nafsu adalah dua musuh batin yang sentiasa  mendorong kepada kejahatan. Dan tempatnya ialah di hati. Oleh itu kita kena lawan musuh ini dengan mujahadah. Ia lebih hebat daripada menentang musuh zahir. Ini kerana peperangan  itu berlaku dalam diri kita. Lebih-lebih lagi syaitan adalah makhluk yang paling derhaka dan paling banyak menipudaya manusia. Hanya orang yang ikhlas sahaja akan terselamat daripada tipudayanya sebagaimana  yang Allah khabarkan di dalam al-quran. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah kenal erti letih dan lesu. Sedikit sahaja kita  terleka, pasti kita dihasut dan ditipunya.
            Sepanjang masa kita perlu bermujahadah. Ia bukan boleh dibuat secara bermusim atau ikut ‘mood’. Ia adalah satu perjuangan yang berterusan sampai bila-bila dan sudah tentu ia memerlukan suatu kekuatan yang maha hebat bagi menghadapi kedua-dua musuh ini.
            Satu perinsip asas dalam mujahadah ialah istiqamah. Yakni konsisten, terus menerus dan berkesinambungan dalam “peperangan” dengan syaitan dan hawa nafsu. Jika kita hanya bermujahadah tapi tidak istiqamah, maka ia tidak akan memberi kesan.

4)Berilmu dengan ilmu yang benar.
            Kita juga mestilah suluh hati kita dengan ilmu. Dari situ kita akan kenal hati kita. Kita akan tahu berapa banyak sifat-sifat mazmumah yang kita ada dan sejauhmana kekuatannya. Begitu juga dengan sifat-sifat yang mahmudah.

Itulah beberapa kaedah asas untuk mendidik dan membersihkan hati. Beramal dan bersungguh-sungguhlah kerana hati atau roh akan kembali ke tempat asalnya, bertemu dengan Allah. Kalau ia datang ke dunia dalam keadaan suci bersih, maka sudah tentu ia perlu kembali dalam keadaan yang sama. Di dunia lagi ia menjadi jiwa yang tenang  dan di akhirat nanti, Allah janjikan dengan kebaikan, keselamatan dan rahmatNya.

Ya Allah yang Tuhan kami...kuatkan kami dan bersihkanlah kami....yang kotor dan bodoh ini....

Wednesday 6 April 2011

Gambar Kenangan.

Gambar kenangan bersama Dato'Seri Hishamudin Tun Husin di tapak Perasmian Ibu Pejabat Penjara Sabah di Kota Kinabalu Sabah.